Setiap bayi yang dilahirkan adalah anugerah tuhan, dicipta dalam satu pakej
berharga yang mempunyai nilai-nilai pengertian kasih sayang, kehidupan dan
keluarga. Walaupun
kita sentiasa ingin melihat anak-anak menjadi bayi untuk
selama-lamanya, namun mereka tetap akan membesar juga.
Kerapkah anda terfikir bagaimana anda boleh memegang
tangan dan kaki kecil bayi anda buat selama-lamanya?
Melisa Kam dan suaminya, David juga merasai perasaan yang
sama. "Kami rasakan saat berharga seperti ini walaupun hanya
seketika, tetapi merupakan sesuatu yang kita harapkan akan
kekal selama-lamanya," katanya.
Mereka ingin mencari sesuatu yang berlainan daripada foto,
potret dan rakaman video kerana mereka inginkan sesuatu
yang istimewa untuk merakamkan setiap kehalusan lekuk,
garisan dan bentuk tangan dan jari-jemari bayi yang lembut.
"Apabila pertama kali kami melihat arca plaster yang dibentuk
daripada tangan bayi, dengan setiap ciri-ciri teliti daripada
kutikel sehingga ke kedutan halus pada jari, kami tahu yang
kami harus membuatnya untuk anak perempuan kami
Nicolette, yang ketika itu berusia empat bulan," kata Melisa. "Ia
mengambil masa berbulan-bulan untuk mencuba sebelum kami
berjaya mendapatkan teknik yang sempurna tapi nasib kami
baik kerana Nicolette merupakan model yang tidak banyak ragam."
Dia berasa sungguh terharu apabila Nicolette, yang kini berusia
tiga tahun dapat melihat arca tangan dan kakinya sendiri yang
dibuat semasa dia masih lagi bayi. Dia juga tidak sabar
untuk
menunggu masa apabila Nicolette sudah menjadi seorang ibu dan
dapat berkongsi saat yang penuh bermakna ini dengan bayinya
serta amalan ini dapat diteruskan untuk generasi yang akan datang.
"Setiap arca mempunyai memori yang istimewa untuk keluarga
kami dan kami juga berharap agar setiap keluarga mendapat
peluang ini bagi merakamkan pelbagai peristiwa, memori dan
kasih sayang mereka. Itulah sebabnya mengapa kami ingin
berkongsi pengalaman unik ini bersama yang lain," terang
Melisa.
Dia juga turut membuat penyalutan gangsa pada barangan
yang boleh dijadikan sebagai tandamata seperti kasut bayi,
puting dan juga turut menyediakan perkhidmatan membuat
arca perut ibu hamil. Arca perut ibu hamil ini merupakan
sebagai tanda kenang-kenangan kepada si ibu akan
kehamilannya. "Jika anda mahu kasut bayi anda diberikan
kepada generasi yang akan datang, adalah lebih baik untuk
menyalutkannya dengan lapisan gangsa."
Jika anda berminat untuk membuat arca anda sendiri, sila
hubungi Melisa atau David di talian 03-5882 9415 atau 012-252
5577 untuk membuat temujanji. Harga adalah daripada RM240
untuk sepasang kaki, yang dilengkapkan bersama bingkai dan
plat nama. Arca perut hamil pula berharga RM200 ke atas.
Kadar bayaran untuk perkhidmatan gangsa pula bergantung
kepada barangan. Harga bagi sepasang kasut biasanya ialah
RM200 dan puting pula RM180.